
Oleh: Dr. Luqman Abdul Samad | luqman.samad@upm.edu.my
Doktor veterinar bukan sahaja merawat haiwan yang sakit, malah perlu bertindak seperti detektif untuk mengenal pasti punca sebenar penyakit kerana haiwan tidak dapat berkomunikasi seperti manusia. Pegawai Veterinar Hospital Veterinar Universiti, Universiti Putra Malaysia, Dr. Luqman Abdul Samad berkata cabaran tugasnya melibatkan pelbagai spesies haiwan termasuk burung, reptilia, haiwan ternakan, hidupan liar dan haiwan eksotik. Rawatan haiwan eksotik lebih rumit kerana memerlukan penjagaan habitat, pemakanan dan prosedur pembiusan yang khusus. Selain cabaran teknikal, doktor veterinar turut berdepan isu kos rawatan, komunikasi dengan pemilik haiwan serta kekurangan tenaga kerja. Menurut beliau, Malaysia masih memerlukan lebih ramai doktor veterinar bertauliah untuk memenuhi keperluan sektor kesihatan haiwan, industri ternakan dan keselamatan makanan.
Baca selanjutnya di Harian Metro: https://www.hmetro.com.my/ku-bela/2025/11/1286582/cabaran-kenalpasti-penyakit-haiwan-peliharaan
Tarikh Input: 29/05/2026 | Kemaskini: 29/05/2026 | zafarul

Fakulti Perubatan Veterinar
43400 Serdang
Selangor