/artikel/kucing_jilat_badan_hingga_botak_tanda_jangkitan_kutu-93706 Kucing Jilat Badan Hingga Botak Tanda Jangkitan Kutu | HOSPITAL VETERINAR UNIVERSITI
» ARTIKEL » Kucing Jilat Badan hingga Botak Tanda Jangkitan Kutu

Kucing Jilat Badan hingga Botak Tanda Jangkitan Kutu

Oleh: Dr. Nor-Alimah Rahman | noralimah@upm.edu.my

 

Menurut Pegawai Veterinar Hospital Veterinar Universiti (UVH), Dr. Nor-Alimah Rahman, tabiat kucing menjilat badan merupakan tingkah laku normal untuk membersihkan diri, namun penjilatan berlebihan hingga menyebabkan kebotakan atau kerosakan kulit boleh menandakan masalah kesihatan. Antara punca utama ialah jangkitan kutu, alahan, kesakitan pada bahagian tertentu badan, tekanan dan kebosanan. Pemilik perlu peka terhadap perubahan tingkah laku seperti kurang aktif, hilang selera makan atau sering menjilat kawasan tertentu. Diagnosis dilakukan melalui pemeriksaan fizikal dan sejarah kesihatan kucing. Rawatan bergantung kepada punca yang dikenal pasti, termasuk penggunaan ubat kawalan kutu atau pemeriksaan lanjut. Bagi mencegah masalah berulang, pemilik disaran menjaga kebersihan persekitaran, memberikan rawatan kutu berkala dan memastikan kesejahteraan emosi kucing.

 

Baca selanjutnya di Utusan Malaysia: https://www.utusan.com.my/seri/2026/04/kucing-jilat-badan-hingga-botak-tanda-jangkitan-kutu/

Tarikh Input: 29/05/2026 | Kemaskini: 29/05/2026 | zafarul

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL VETERINAR UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3955
000-000-000
W, (09:48:42am-09:53:42am, 08 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]