Pernafasan Laju Boleh Mengancam Nyawa Kucing | HOSPITAL VETERINAR UNIVERSITI
» ARTIKEL » Pernafasan Laju boleh Mengancam Nyawa Kucing

Pernafasan Laju boleh Mengancam Nyawa Kucing

Oleh: Dr. Nor-Alimah Rahman | noralimah@upm.edu.my

 

Pernafasan laju atau tercungap-cungap dalam kucing tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh menjadi petanda masalah kesihatan yang serius. Kadar pernafasan normal kucing ketika berehat ialah sekitar 20 hingga 30 kali seminit. Jika pernafasan melebihi kadar tersebut, kucing mungkin mengalami gangguan seperti asma, jangkitan paru-paru, penyakit jantung, kecederaan, ketumbuhan atau obesiti. Antara tanda yang perlu diberi perhatian ialah pernafasan berbunyi, mulut terbuka ketika bernafas, lesu, hilang selera makan dan perubahan warna gusi. Dr. Nor-Alimah Rahman menegaskan bahawa pemilik perlu memantau keadaan kucing dengan teliti dan mendapatkan pemeriksaan veterinar segera sekiranya gejala berterusan. Diagnosis serta rawatan awal amat penting bagi mengelakkan komplikasi yang boleh mengancam nyawa haiwan peliharaan tersebut.

 

Baca selanjutnya di Utusan Malaysia: https://www.utusan.com.my/seri/2026/05/pernafasan-laju-boleh-mengancam-nyawa-kucing/

Tarikh Input: 29/05/2026 | Kemaskini: 29/05/2026 | zafarul

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL VETERINAR UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3955
000-000-000
X, (04:38:59am-04:43:59am, 15 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]