China Duchang International CEI 1* 100 Km Endurance Race | HOSPITAL VETERINAR UNIVERSITI
» BERITA » China Duchang International CEI 1* 100 km Endurance Race

China Duchang International CEI 1* 100 km Endurance Race

China Duchang International CEI 1* 100 km Endurance

POYANG LAKE, 28-30 Mac - Telah berlangsungnya Kejohanan Sukan Kuda Lasak Antarabangsa anjuran Chinese Equestrian Association selama tiga hari di Laoye Temple, Poyang Lake, China.

Pegawai veterinar Hospital Veterinar Universiti, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia - Dr. Noorashimah Roslim telah dijemput untuk bertugas sebagai salah seorang daripada tiga delegasi veterinar mewakili negara Malaysia di kejohanan tersebut.

Sejumlah 200 ekor kuda berserta penunggang telah menyertai perlumbaan sukan berkuda tahan lasak yang diadakan. Jarak perlumbaan adalah sejauh 100 km.

China Duchang International CEI 1* 100 km Endurance

Tarikh Input: 10/06/2024 | Kemaskini: 20/03/2025 | faizeenazani

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL VETERINAR UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3955
000-000-000
X, (07:08:47am-07:13:47am, 27 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]