![]() |
![]() |
|
Serdang, 23 Ogos – Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) telah menerima seramai 13 pegawai akademik dari Hasanuddin University, Indonesia. Lawatan delegasi kumpulan akademik ini bertujuan untuk menjalinkan kejersama penyelidikan dan pendidikan veterinar. Aktiviti lawatan mereka dimulakan dengan pemberian penerangan ringkas berkenaan dengan sejarah dan kursus yang ditawarkan di FPV. Ini diikuti dengan lawatan ke Muzium Anatomi, dimana mereka diberikan peluang melihat kepelbagaian spesimen di museum berkenaan. |
|
![]() |
![]() |
|
Pegawai -pegawai akademik ini juga berpeluang melawat unit-unit di Hospital Veterinar (UVH), dan mereka juga sempat bertemu dengan staf hospital berkenaan, bagi menukar pandangan berkenaan kemudahan dan kepakaran yang terdapat di UVH. Hasil lawatan ini, UPM dan Hasanuddin University, Indonesia ingin menjalin kejersama yang rapat terutamanya pertukaran pelajaran prasiswazah dan penyelidikan bersama. Lawatan Hasanuddin University, Indonesia ke Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) |
|
Tarikh Input: 19/03/2025 | Kemaskini: 23/07/2025 | faizeenazani

Fakulti Perubatan Veterinar
43400 Serdang
Selangor