![]() |
|
|
SERDANG, 27 Februari - Mesyuarat kerjasama Memorandum Persefahaman antara Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah berlangsung di Hospital Veterinar Universiti (HVU), FPV, UPM. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Dekan HVU, Prof Madya Dr Noraniza Mohd Adzahan, bersama 3 orang pegawai mewakili FPV, UPM. Manakala pihak DBKL diwakili oleh 3 orang pegawai dari Unit Berkuda DBKL dan 4 orang pegawai dari bahagian perundangan dan kewangan Ibu Pejabat DBKL. |
|
![]() |
![]() |
|
Tujuan perbincangan Memorandum Persefahaman adalah untuk mewujudkan ikatan kerjasama di antara kedua-dua pihak dalam penasihatan dan perkhidmatan rawatan veterinar yang melibatkan kuda dan anjing. |
|
![]() |
|
Tarikh Input: 05/06/2024 | Kemaskini: 21/03/2025 | faizeenazani

Fakulti Perubatan Veterinar
43400 Serdang
Selangor