Taklimat Kebajikan Dan Penjagaan Kuda Di Malaysia | HOSPITAL VETERINAR UNIVERSITI uvh
» BERITA » Taklimat Kebajikan dan Penjagaan Kuda di Malaysia

Taklimat Kebajikan dan Penjagaan Kuda di Malaysia

SERDANG, 28 Februari - Taklimat Kebajikan dan Penjagaan Kuda di Malaysia telah berlangsung di Auditorium Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM) anjuran Persatuan Haiwan Malaysia dan SSC Resources, penganjur bersama Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia, Majlis Ekuin Malaysia, Persatuan Memanah As-Sibaq Malaysia dan FPV, UPM.

Program ini disertai oleh 150 orang peserta yang berminat dan terlibat secara langsung dalam industri kuda.

Dekan FPV, UPM, Prof Dr Goh Yong Meng memberikan kata-kata aluan dan menyatakan bahawa FPV, UPM adalah merupakan pusat rujukan bidang veterinar ekuin dan rakan kolaborasi industri terutama dalam bidang sukan kuda lasak dan ekuestrian di Malaysia.

Prof Madya Dr Noraniza Mohd Adzahan, Timbalan Dekan Hospital Veterinar, FPV merupakan salah seorang panel yang menyampaikan taklimat berkenaan kes kecemasan kuda.

Taklimat Kebajikan dan Penjagaan Kuda di Malaysia

Tarikh Input: 23/05/2024 | Kemaskini: 14/05/2025 | faizeenazani

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL VETERINAR UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3955
000-000-000
X, (03:45:38am-03:50:38am, 24 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]