Eksplorasi Kerjaya – UVH Kembali Ke Sekolah | HOSPITAL VETERINAR UNIVERSITI
» BERITA » Eksplorasi Kerjaya – UVH Kembali Ke Sekolah

Eksplorasi Kerjaya – UVH Kembali Ke Sekolah

Oleh: Fatini Dayana Rashid | fatinidayana@upm.edu.my

PUTRAJAYA, 9 Disember 2025 – Hospital Veterinar Universiti (UVH), Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dijemput untuk memberi pendedahan berkaitan kerjaya sebagai doktor veterinar dalam Program Eksplorasi Kerjaya anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1). Program ini melibatkan seramai 250 orang pelajar terdiri daripada Tahun 4 hingga Tahun 6 serta penyertaan 8 orang staf Hospital Veterinar Universiti.

 

Pelajar sedang cuba membuat jahitan pada model kulit, dibantu oleh Dr. Muhammad Ammar Qusyairi Hisham.

Dr. Siti Sarah Ismail sedang memberi demonstrasi tentang cara mengambil darah dari model anjing.

Ceramah kerjaya telah disampaikan oleh Dr. Noorashimah Roslim. Beliau telah berkongsi pengalaman sepanjang berkhidmat sebagai pegawai veterinar serta menjelaskan bidang tugas dan kelebihan menceburi kerjaya tersebut. Selain itu, beliau turut menekankan aspek kebajikan haiwan, iaitu para pelajar diberi penerangan mengenai kepentingan menjaga keselamatan dan kesejahteraan haiwan.

 

Dr. Fatini Dayana Rashid sedang menunjukkan demonstrasi menjahit kepada pelajar.

 Barisan staf Hospital Veterinar Universiti (UVH) bersama barisan pentadbir Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1).

Di samping itu, empat reruai aktiviti berkaitan bidang tugas seorang doktor veterinar turut dibuka. Aktiviti yang dijalankan merangkumi demonstrasi menjahit kulit, kaedah mengambil darah daripada model anjing dan kucing, pemeriksaan sampel susu lembu serta pameran peralatan yang digunakan dalam rawatan kuda. Para pelajar diberi peluang untuk mempraktikkan aktiviti-aktiviti tersebut secara langsung dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang tugas harian seorang doctor veterinar.

 
 

Dr. Noorashimah Roslim sedang menyampaikan ceramah berkaitan kerjaya doktor veterinar di hadapan para pelajar yang terlibat. 

Sesi penyerahan sijil penghargaan daripada Puan Saliza Binti Saludin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1) kepada Dr. Noorashimah Roslim, penceramah untuk Program Eksplorasi Kerjaya. 

Secara keseluruhannya, semua pelajar serta guru memberi maklum balas yang positif terhadap sesi ceramah dan akitiviti yang telah dijalankan. Penganjuran program ini diharapkan dapat memberi pendedahan awal mengenai peluang pendidikan dan kerjaya dalam bidang perubatan veterinar, seterusnya memupuk minat dan kesedaran pelajar untuk mengenal pasti kekuatan serta kecenderungan minat masing-masing.

 
 

 Para pelajar sedang mendengar penjelasan dari En. Mohd Firdaus Nizamuddin tentang cara menggunakan peralatan yang digunakan untuk kes kuda.

 Dr. Amirah Farzana Rostam sedang memberi demonstrasi menjahit pada model kulit kepada para pelajar.

 

Dr. Nukman Haiqal M Za'ba sedang memberi penerangan tentang cara memeriksa sampel susu lembu.

Eksplorasi Kerjaya – UVH Kembali Ke Sekolah

Tarikh Input: 19/12/2025 | Kemaskini: 19/12/2025 | faizeenazani

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL VETERINAR UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3955
000-000-000
W, (02:26:17pm-02:31:17pm, 08 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]