![]() |
|
|
Bengkel Simulasi UVH Financial System SERDANG, 3 April – UVH Financial System merupakan sistem pengurusan rekod bagi proses pendaftaran, kewangan dan maklumat rawatan pesakit yang telah dibangunkan oleh pihak Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), UPM pada tahun 2012. |
|
![]() |
![]() |
|
Mengambil cakna terhadap maklum balas pelanggan dan keperluan semasa, UVH telah menilai semula untuk mengaktifkan kembali sistem berkenaan. Bagi tujuan ini, beberapa siri perbincangan dengan pihak iDEC dan Pejabat Bursar telah diadakan. Rentetan daripada perbincangan tersebut, satu Bengkel Simulasi UVH Financial System telah diadakan bagi menguji sistem tersebut dengan penglibatan pengguna akhir (end user) daripada wakil setiap unit di UVH. |
|
![]() |
|
|
Taklimat bengkel telah disampaikan oleh (Ts.) Encik Rostam bin Abu Bakar dari iDEC. Bengkel telah berlangsung dengan jayanya dimana diakhir bengkel, maklum balas telah diterima daripada peserta dan akan digunakan bagi penambahbaikan sistem berkenaan sebelum digunakan kelak. |
|
Date of Input: 13/06/2024 | Updated: 20/03/2025 | faizeenazani

Fakulti Perubatan Veterinar
43400 Serdang
Selangor