Kejohanan Kuda Lasak Mac 2024 | UNIVERSITY VETERINARY HOSPITAL
» NEWS » Kejohanan Kuda Lasak Mac 2024

Kejohanan Kuda Lasak Mac 2024

KEJOHANAN KUDA LASAK MAC 2024

LEMBAH BIDONG, 1-3 Mac - Telah berlangsungnya Kejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu (CEI 1* 100km & CEN 80km), Piala Dato’ Che Mat Din (CEN 40km) dan Ladies Ride (CEN 40km) di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu, Terengganu.

Seramai 8 orang staf Hospital Veterinar Universiti (UVH) yang terdiri daripada pensyarah klinikal, pegawai veterinar dan penolong pegawai veterinar bertugas sebagai pegawai kejohanan yang dianjurkan, diiringi oleh 10 orang pelajar Doktor Perubatan Veterinar yang terlibat sama dalam kejohanan sebagai salah satu aktiviti rotasi klinikal tahun akhir dalam amalan perubatan ekuin.

Tiga kejohanan tersebut dianjurkan oleh kerajaan negeri Terengganu di mana ianya berlangsung selama tiga hari dan tamat pada 3 Mac kira-kira jam 5.30 pagi.

Kejohanan Kuda Lasak Mac 2024

 

Date of Input: 10/06/2024 | Updated: 20/03/2025 | faizeenazani

MEDIA SHARING

UNIVERSITY VETERINARY HOSPITAL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3955
000-000-000
W, (11:44:05pm-11:49:05pm, 19 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]