![]() |
![]() |
|
Program Ceriathon 2024, Fakulti Perubatan Veterinar Serdang, 24 Mei – Kumpulan pelajar Doktor Perubatan Veterinar (DPV) tahun 2, Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) telah menganjurkan Program Ceriathon 2024. Program ini merupakan program tahunan yang berbentuk gotong-royong bagi membersih dan menceriakan kawasan fakulti. |
|
![]() |
![]() |
|
Objektif lain program ini juga adalah untuk mengeratkan hubungan sesama pelajar di kalangan kumpulan pelajar tahun pengambilan yang berbeza. Ceriathon 2024 turut disertai oleh staf yang bersama-sama menjalankan aktiviti gotong-royong dengan pelajar. |
|
![]() |
![]() |
|
Program telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Goh Yong Meng, Dekan, FPV. Penganjur program melalui Persatuan Mahasiswa Fakulti Perubatan Veterinar (VETERNAK) turut mengambil kesempatan ini mengundang Dekan, FPV untuk merasmikan mural berkonsepkan haiwan liar berhadapan dengan Muzium Anatomi Haiwan yang telah dilukis dan dihasilkan oleh 14 orang pelajar DVP. |
|
![]() |
![]() |
|
Selain di Blok Akademik, FPV, kumpulan pelajar terdiri daripada pelajar DVP tahun 1, tahun 2 dan tahun 4 turut bergotong-royong di kawasan Hospital Veterinar Universiti (UVH) yang melibat beberapa lokasi merangkumi Bangunan Isolasi Haiwan, Wad Haiwan Besar, Stor Makanan Haiwan Besar dan kawasan Tingkat 1, Bangunan UVH. |
|
Date of Input: 24/06/2024 | Updated: 20/03/2025 | faizeenazani

Fakulti Perubatan Veterinar
43400 Serdang
Selangor