Program Kenali Ubat Bersama Pegawai Veterinar UVH UPM | UNIVERSITY VETERINARY HOSPITAL
» NEWS » Program Kenali Ubat Bersama Pegawai Veterinar UVH UPM

Program Kenali Ubat Bersama Pegawai Veterinar UVH UPM

Program Kenali Ubat Bersama Pegawai Veterinar UVH UPM

Serdang, 10 Mei – Mengambil pendekatan seiring dengan pelan Kementerian Kesihatan Malaysia (Bahagian Farmasi) melalui Program Kenali Ubat Anda bagi menggalakkan penggunaan ubat secara berkualiti, UVH turut mengambil pendekatan yang sama dengan menganjurkan Program Kenali Ubat bersama Pegawai Veterinar bertempat di Bilik Mesyuarat, UVH. Sebagai permulaan,seramai 4 orang anggota polis daripada Unit Anjing Pengesan PDRM (KLIA) salah satu pemegang taruh UVH diundang bagi menyertai program ini.

Objektif program ini adalah bagi meningkatkan kesedaran pemilik haiwan tentang tatacara penggunaan ubat secara berkualiti dan menyediakan maklumat berkaitan dengan isu kesihatan dan ubat kepada pemilik haiwan. Melalui program ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan tentang penggunaan ubat secara bijak, sesuai, selamat dan kos efektif ke arah menghasilkan kesihatan haiwan (health outcome) yang lebih baik dikalangan pesakit UVH.

Taklimat program telah disampaikan oleh Dr. Siti Sarismahanim Ismail dan Dr. Wirdatul Nazira Zahri, Pegawai Perancang Operasi dengan dibantu oleh Puan Hasina Behgam Haja Mohideen, Penolong Pegawai Veterinar Kanan.

Program Kenali Ubat Bersama Pegawai Veterinar UVH UPM

Date of Input: 20/06/2024 | Updated: 20/03/2025 | faizeenazani

MEDIA SHARING

UNIVERSITY VETERINARY HOSPITAL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3955
000-000-000
W, (01:58:48pm-02:03:48pm, 19 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]