![]() |
|
|
BUKIT MERTAJAM, 18 Mac - Program Kuda Lasak 2.0 “Mini Endurance An-Nahdhoh” telah berlangsung pada 17-18 Februari 2024 di Perkarangan An-Nahdhoh, Kg Petani, Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Program ini dianjurkan oleh Yayasan An-Nahdhoh buat kali kedua, disertai oleh 50 orang peserta yang terdiri daripada penunggang dan pemilik kuda di sekitar Pulau Pinang dan Kedah. Seramai 7 orang pegawai Hospital Veterinar Universiti, Universiti Putra Malaysia yang terdiri daripada Pegawai Akademik, Pegawai Veterinar, Penolong Pegawai Veterinar dan Pembantu Veterinar serta 2 orang pelajar siswazah Fakulti Perubatan Veterinar terlibat untuk menyelia, menunjukajar dan membantu pihak penganjur sepanjang program dijalankan. |
|
![]() |
![]() |
![]() |
|
Date of Input: 23/05/2024 | Updated: 14/05/2025 | faizeenazani

Fakulti Perubatan Veterinar
43400 Serdang
Selangor